Thursday, January 1, 2009

untuk teman sejatiku......

DUHAI TEMAN SEJATIKU…………

Duhai teman sejatiku…
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat kusembunyi
Apa yg melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi

Di saat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah
Di saat tandus amalku
Kau suburkan qudwah
Di saat gugur semangatku
Kau bajai quwwah

Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
Kau ceria berpanjangan
Tika kesedihan bertamu
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa
Kau ingatkan janjiNya
Tika kejayaanku tercipta
Kau doakn redaNya bersama

Duhai teman sejatiku…
Masihkah kau bersemadi di minda?
Bahawa ukhuwah yg terjalin antara kita
Adalah cinta tulus bersulam taqwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta

Berjanjilah teman
Ukhuwah kita yg terbina
Kerana cinta padaNya
Takkan terhalang
Oleh tembok minda manusia
Takkan hilang
Dek api yg menjulang
Takkan sirna
Dek kabus yg kelam
Tapi hanyakan musnah
Dek hati yg hitam

Teruja aku pada kata2
Imam al-Ghazali yg mulia:

“ Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan
Tapi pd ingtn seseorng terhadap saudaranya didalam doanya.”

Kuharapkan mekar dihati
Agar persahabtan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu JANNAH..

Temanku
Bersahabat itu mulia
Bercinta tanpa ikatan penuh dosa
Renungilah temanku
Jika sepasang kekasih
Berdating ditaman
Kita pula tidak sabar-sbar
Berdating dalam majlis ilmu
Penuh keberkatan

ALLAH berfirman yg bermaksud:
“ALLAH akn mengangkat orang2 beriman diantaramu
Dan orang2 berilmu beberapa darjat.”
(surah al-Mujadalah:11)

“barangsiapa berjalan untuk keperluan ilmu,
Maka ALLAH membimbingnya kejalan syurga.”
(hadis riwayat ABI HURAIRAH r.a.)

Jika sepasang kekasih
Bercumbuan dalam sembunyi
Dibawah cahaya rembulan
Berdua-duaan
Jauh dari orang
Kita pula berkasih sayang
Dalam sembunyi dan terang
Tanpa takut dan bimbang
Penuh kesucian

Jika sepasang kekasih
Sering madah berhelah
Kita pula berhibur
Dengan madah kalamullah

“sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran
Dan mengajarkannya”
(hadis riwayat al-Bukhari drp Uthman bin Affan r.a.)

Jika sepasang kekasih
Sering memadu rindu
Atas ransangan nafsu
Kita pula berkasih atas
Landasan ukhuwwahfillah
Bebas dari dorongan nafsu semata
Dinaungi kasih Pemcipta

“dua orang yg berkasih sayang kerana ALLAH,
Mereka berhimpun atau bertemu kerana ALLAH
Dan berpisah pun kerana ALLAH.”
(hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tirmizi, dan al-Nasa’i)

Jika sepasang kekasih
Menunaikan apa saja kemahuan
Buah hatinya
Kita pula sedaya upaya
Menunaikan apa sahaja
Kemahuan Pencipta kita

“pada hari kiamat kelak , tiada satu perkara pun
Pada timbangan amal org mukmin yg lbh berat
Drp akhlak yg mulia.”
( hadis riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud dgn sanad Hasan.”

Jika sepasang kekasih
Memejam mata pd aib pasangannya
Kerana saling menjaga hati
Kita pula sentiasa menjaga akhlak dan pekerti
Dan saling nasihat menasihati
Agar peribadi makin berkualiti

Jika sepasang kekasih
Merasakan dunia ini mereka yg punya
Kita pula sentiasa menyedari hakikat
Dunia ini ALLAH yg punya

Jika sepasang kekasih
Sanggup korbankan harta, keluarga
Dan maruah demi cinta
Kita pula sanggup korbankan segala-galanya
Demi cinta agung-Nya
Dalam masa yg sama
Mencintai keluarga
Dan memelihara maruah setingginya

Duhai teman sajatiku…..
ALLAH mencipta manusia sama
Dengan sebaik-baik kejadian:

“sesungguhnya Kami menciptkan manusia itu
Dengan sebaik-baik kejadian.”
(surah at-tin :4)

cuma amalan manusia itu berbeza-beza
ada yg lalai dgn angan-angan
ada yg tekun berusaha
tentu nasib mereka berlainan
kerana ALLAH Maha Adil sifatNya
kelalaian dibalas kegagalan
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
kau diberi peluang membuat pilihan
kau jua yg tanggung natijahnya

Sedarlah teman sejatiku
Kita musafir di dunia
Kitakan pulang padaNya
Hidup didunia akan ditanya
Adakah diisi dengan sebaiknya
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya
Kelak disana rendah darjatnya

Temanku tersayang
Renungilah sebiji cawan
Jika tidak dituang air
Molekul udara memenuhinya
Begitu juga diri kita
Jika tidak diisi iman
Masuklah syaitan bermaharajalela
Diri kita perlu pengisian
Dengan ilmu dan agama
Agar hidup dekat denganNya
Barulah hatimu tenang bahagia

Ketahuilah teman sejatiku…
Kemuliaan manusia bukan pada luaran
Tapi pada hati yg tktkan Tuhan
Oleh itu, tekadkan keyakinan
Kau umat pilihan

ALLAH berfirman yg bermaksud:
“Kalian adalah sebaik-baik ummah.”
(surah Ali’Imran:110)

“sesungguhnya org yg paling mulia disisi ALLAH adlah org yg paling bertaqwq.”
(surah al-hujurat:13)

Temanku harapan ummah
Jelaskan visi perjalanan
Agar ko berpijak di landasan
Kebenaran

ALLAH berfirman yg bermaksud:
“Ya tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami
Daripada azab neraka.”
(surah al-Baqarah:201)

Duhai teman sejatiku
Jadikan ilmu sebagai bekalan
Agar suluhan hidupmu
Menjadi cahaya yg terang.

ALLAH berfirman yg bermaksud:
“ bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yg menciptakan.”
(surah al-Alaq:1)

Sedarlah oh temanku
Kita dicipta bukan satu kebetulan
Atau sekadar main-mainan
Kita pemikul amanah Tuhan:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakn amanat kepada
langit, bumi dan gunung-ganang , maka semuanya enggan memikul
amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah
amanat itu oleh manusia. Sesumgguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh
kerana mahu menerima tugas tapi tidak melaksankan.”
(surah al-ahzab:72)


Duhai teman sejatiku….
Hilangkan kesedihan
Pujuklah jiwamu dengan janji al-Rahman
Ketinggian seseorang kerana iman:
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,
Padahal kamulah orang-orang yg paling tggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”(surah Ali ‘Imran:139)
Pasakkan azam wahai teman
Carilah reda Tuhan
Dengan melakukan sebaik-baik amalan
Berusahalah:

1. gandakan (x) istiqamah
2. tolak (-) kemalasan
3. bahagi (/) masa
4. tambah (+) keyakinan
inilah formula kejayaan
ALLAH meyakinkan bahawa:
“Allah tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka
Mengubah nasib mereka sendiri.” (surah al-Rad:11)

Temanku
Berusahalah semaksimum yg terdaya
Jangan pula kau lupa
Letaklah pergantungan yg tggi
kepadaNya:
“ Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yg diberikan ALLAH
Dan RasulNya kpd mereka dan berkata : cukuplah Allah bg kami, Allah akn memberikn kpd kami sebhgian drp kurniaNya dan demikian pula RasulNya .
Sesungguhnya kami adalah orang2 yg berharap kpd ALLAH, tentulah yg demikian itu lbh baik bg mereka.” (surah al-Tawbah:59)


Duhai teman sejatiku….
Kau tidak bodoh
Andai kau gagal selepas berusaha
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala
Bakal mengangkat darjatmu disisiNya
Jika kau reda, sabar, dan terus berusaha

Tapi, kau sememangnya bodoh
Jika kau langsung tidak berusaha
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita
Tiada nilaian pahala drpdNya
Malah kau pula menanggung dosa
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga

Duhai teman sejatiku
Bangkitlah dari lenamu yg panjang
Yg tak pernah berkesudahan
Sekali kau terjatuh
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya
Kau punya kekuatan untuk
Bangkit semula
Dan mara berlari kencang
Mencipta taufan

Berjuanglah temanku tersayang….
Tanpa mengenal penat dan jemu
Biar hidup kita derita dgn usaha
Kelak kita akan dimulia
Jika tidak didunia
Pasti nun disyurga

ALLAH s.w.t berfirman:
“Dan Kami telah menjadikan siang dengan cahaya terangnya masa unt mencari rezeki.”(surah al-Naba’:11)


Indah kalam
Rasul junjungan
Mengajar erti perjuangan
Perlukan keteguhan azam
Istiqamah, tetap pendirian
Jangan mudah terhalang
Janji Allah pasti datang!
“ Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yg muncul
Berpegang kpd kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa
Yg mengacuhkan mereka sampai dtg perintah Allah, mereka tetap seperti itu.”

Rasul bermadah lagi
Satu janji, satu aspirasi
Islam takkan dapat ditandingi:
“ Islam itu tggi dan tiada yg lbh tggi drpdnya.”

Cuma yg blm pasti
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci
Bagi merebut pandangan ilahi
Sebagai jiilil Quran yg tersendiri

Andainya kau cepat menyerah
Berundur sebelum berjuang
Kecundang sebelum melawan
Allah tidak teragak-agak
Untuk memilih kaum lain
Yg jauh lbh berkelayakan
Menegakkan kebenaran:

“Allahlah yg Maha Kaya sedgkan kamulah orang2 yg berkehendak
(kepadaNya ), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan
(kamu) dengan kaum yg lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”
(surah Fathir:15-16)

Pujangga berkata:
“ Dua tangan yg bekerja jauh lbh baik drpd 1000 tgn yg hny berdoa.”


Ayat Allah cukup menggentarkan
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan
Buat hambaNya yg bermalas-malasan
Sentiasa membuat alas an
Liat dengan majlis ilmu dan peningkatan
Mahu diketuk berterusan

Pujangga berkata:
“ Rajin ganjarannya sekarang; malas balasannya sekarang dan akn dtg.”


Ketahuilah temanku
Orang yang lalai dan bermalasan
Tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta Allah dibuat khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Dari jalan dakwah, penuh ujian
Dibiarkan Allah dengan keasyikan
TERTIPU DENGAN JALAN KEHANCURAN!
Pujangga berkata:
“Sekiranya gunung tidak mendatangi Muhammad, Muhammad akan mendatangi gunung.”


Ketahuilah
Allah memelihara jalanNya
Agar disusuri hati yg bersih
Sarat ketaqwaan
Merindui wajahNya
Jua keredaan
Itulah jiwa insan pejuang

Pujangga berkata:
“ Bila memudahkan jalan orang, kita sedang memudahkan jalan kita sendiri.”


Bimbangilah
Daripada memiliki
Jiwa munafik
Bertopeng ketaatan
Sebaliknya teguhlah
Diatas jalan keredaan

Pujangga berkata:
“ Cara terbaik mendapat sahabat ialah dengan menjadi sahabat.”


Duhai teman sejatiku…
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit

“ Sesungguhnya Allah tidak melihat
rupa paras dan banyaknya harta yg kamu ada,
tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan perbuatan kamu.”
( riwayat Muslim, Ahmad, Ibn Majah dan al-Baghawi drp Abu Hurairah r.a.)

Aku ingin kita seperti tawakal Ibrahim a.s mulia
Ketika meninggalkan insane tercinta
Dibumi tandus tanpa bicara
Meyakini Allah sebagai Penjaga

“ Sekiranya kamu semua bertawakal kpd Allah dgn sebenar-benarnya
nescaya Allah akn memberi rezeki kpd kamu sebagaimana Dia memberi
rezeki kpd burung. Ia keluar diwaktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang
waktu petangnya dalam keadaan kenyang.”
(riwayat Imam Ahmad, al-Tirmizi , Ibn Mubarak, Ibn Majah, Abu Naim, al-Hakim, dgn sanad yg sahih drpd Saidina Umar al-Khattab r.a.)


Aku impikan antara kitaseorang Umar
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Menggerunkan musuh durjana

Aku rindukan senyuman Syed Al-Qutb
Ketika berhadapan dengan tali maut
Akidah mantap tidak terenggut
Roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibn Zubair
Menahan panahan
Hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid
Rohnya diangkat ke syurga

Marilah kita menyemai
Benih mujahid Hassan al-Banna
Fikrahnya jernih
Menggegar dunia
Merelakan tubuhnya
Dimamah peluru
Demi menegakkan
Kalam ALLAH dan RASUL

Aku cintakan pemida Ghiffari
Menentang kezaliman walaupun diancam
Moga kan lahir lagi di abad ini
Jiwa jitu pemuda yg tak pernah suram

Aku ingin kuta sepemaaf Yusur a.s
Tetap mencintai dan menolong saudaranya
Walaupun pernah dihumban ke perigi tua
Terpisah dari ayahanda gertahun lamanya

Aku ingin pusara kita harum mewangi
Bagai harumnya pusara Masyitah
Semerbak kasturi
Kerana hebatnya iman
Mempertahankan syahadah di keliling
Kekufuran.

Lumrah persahabatan
Terhiris terguris menguji perasaan
Hanyalah satu ujian
Bukan satu halangan
Untuk terus berkasih sayang
Hadapi dengan iman
Suburkan dengan bermaaf-maafan
Sematkan doa-mendoakan

“Jauhilah kamu berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yg paling dusta.”(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud,
Dan al-Tirmizi drp Abu Hurairah r.a.)


Kelemahan bukan untuk dirintihkan
Tapi satu peluang keemasan
Untuk saling melengkapkan
Ingatlah mafhum sabda Junjungan:

” Jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya.
Sesiapa yg reda dgn Allah , Allah reda dgnnya.”

Alangkah indahnya nikmat
Perasaan
yg dekat dengan al-RAHMAN.

Saat demi saat
Terlalu pantas menyusur waktu
Meninggalkan jejak-jejak semalam
Yang barangkali pahit untuk digamit
Menukilkan kenangan
Yg barangkali indah penuh kiasan
Saat perpisahab bisa bertandang
Wajah kan sugul kepayahan
Lafaz kan tenat kelukaan
Sesungguhnya teman
Air mata perpisahan itu
Sejernih embun di dedaun
Bak mutiara berkilauan
Menyingkap rahsia keikhlasan

Duhai teman sejatiku…
Aku inginkan
Persahabatan indah ini
Bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Mahsyar nanti
Ketika semua umat manusia
Gusar mencari perlindungan
Allah menyeru tujuh golongan
Antaranya dua pemuda
Yang saling berkasih sayang kerana Allah
Begitu sabda junjungan

“Ya Allah tatkala bahang MahsyarMu
Menjilat tubuh
Izinkan kami bersama-sama berteduh
Tatkala mizan-Mu teliti mengira
Beratkan neracanya atas setiap jasa
Naungi kami disana
Berkat kasih keranaMU semata
Andai kulayak kesyurga
Kupinta dia bersama.”

Ambillah pengajaran setiap kata-kata…………..